*dGn NaMa ALLAH*

Image hosted by Photobucket.com



mY bLoGz

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

LiNkz

[[* uMmiEe *]]
[[* uNkNoWn *]]
[[* SuHaNa *]]
[[* cT *]]
[[* FiQo *]]
[[* KisAh uMmiE *]]
[[* HidaYa *]]
[[* SuLaZ *]]
[[* aL-QadiRi *]]
[[* mY bRo!! *]]
[[* kAk iZzAh *]]
[[* aQiLi *]]
[[* aKhiE aZhAr *]]
[[* PuTiHzAmRuD *]]

WeBbiEs

[[* DaiLy Ta'LiM *]]

[[* IsLaMwAy *]]

[[* NaSyid.CoM *]]
[[* aLwAn cOmiCz *]]
[[* LiriK nAsYid *]]


[[ mEnGeNai diRikU ]]
NuR AiSya
24th JuNe 1987
JaVanEse-maLaY
RELIGION:iSLaM
mEmpUnyAi 3 aDik bErAdiK
rIghT hAndEd
OCCUPATION:duK dPn cOmpUtEr



Image hosted by Photobucket.com


[[ sHe's mE ]]

Image hosted by Photobucket.com
cHaK! taken 15 JuLy 2005


[[ fAvOuriTes ]]
M.I.A for life! haha
piNk coLoUr
mAin bAdminTon
LaUk mEraH n aSaM mAniS
dGr NasYid
sMsiNg--> tP bUdgEt! haha
rEad cOmiCs
ediT bLoGz


[[ mUsiC ]]

SaMi YuSof ---> TrY nOt To CrY


Recent
~cEpAt bEtuL mAsA bErLaLu~
bEnGkY~
pEopLe sAyZ mY biRtHdAtE mEaNs...
wAtZ uP toDaE~
uNfoRgeTabLe eVenT!
tHe bEauTy oF iSLaM..
DaYz aT SkOoL
tHe oRieNtaTioN
TiMe tO tHiNk iT oVer...
dA KykiEs fAmiLy~

Archive
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
July 2006
August 2006
September 2006





[[* LaTeLy~ *]]

Tuesday, May 30, 2006

SEKALUNG DOA
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim
Engkaulah yang Maha Pengasih
Engkaulah yang Maha Penyayang
Kepada Mu aku merayu
Kepada Mu aku mengadu
Betapa ku mengaku terlalu luas rezeki yang Engkau curahkan
Terlalu banyak nikmat yang Engkau limpahkan
Mataku, telingaku, mulut dan lidahku
Sepasang tanganku, sepasang kakiku
Nyawaku, nafasku, hati dan perasaanku
Malah setiap helaian rambutku adalah nikmat dari Mu, Tuhanku
Lantas keagungan dan kemurahan Mu,
Kelembutan dan kecintaan Mu
Menuntut syukur yang tiada bertepi dariku
Namun aku mengaku juga Tuhanku
Betapa gersang hatiku daripada mensyukuri Mu
Betapa kontang lidahku daripada menyebut nama Mu

Betapa angkuh tubuhku melanggar hukum Mu
Betapa sombong jiwaku melupakan Mu
Betapa lemasnya aku dihanyutkan ombak maksiat terhadap Mu
Maka di sinilah kini aku sebagai hamba Mu
Melutut merayu keampunan Mu
Melutut merayu kasih sayang Mu
Ku tadahkan kedua tapak tanganku ini buat Mu ya Allah
Biarpun ku sedar betapa telah
Ku cemarkan ia dengan kemurkaan Mu
Ku tundukkan wajahku ini di hadapan kebesaran Mu
Biarpun ku tahu betapa telah ku kotorkan ia
Dengan pandangan yang mengundang kebencian Mu
Tetapi tiada tempat lain untukku mengadu
Tiada siapa untukku mohonkan pengampunan
Tiada siapa ku harapkan kecintaan
Melainkan pada Mu

Ya Allah, aku telah banyak menzalimi diriku sendiri
Andai kata dosa-dosaku tidak Engkau ampuni
Andai kata aku tidak Engkau rahmati dan kasihani
Nescaya termasuklah aku
Di dalam golongan hamba-hamba Mu yang rugi
Jadikanlah cinta kepada Mu itu
Cinta yang paling agung di dalam hati ini
Janganlah Engkau biarkan jiwa ini
Terus keras dikuasai nafsu syahwani
Lantaran terlalu takutnya aku akan kemurkaan Mu
Terlalu gerunnya aku terhadap azab Mu
Jadikanlah rindu kepada Mu itu hiasan utama dalam hidupku
Agar dapat ku rasakan manis menghambakan diri kepada Mu
Bagaimana dapat ku susuri hidup yang singkat ini
Andai Engkau biarkan aku tercampak jauh
Dari cinta Mu yang suci
Aku ini hamba Mu yang lemah, ya Allah
Tiada daya dan tiada upayaku
Kecuali dengan bantuan dari Mu
Tiada pedoman untukku hidup di dunia ini
Kecuali hanya dengan hidayah dan petunjuk Mu
Anugerahkanlah aku jalan yang lurus Tuhanku
Janganlah Engkau pesongkan hatiku
Setelah Engkau kurniakan hidayah Mu padaku
Jadikanlah aku hamba Mu
Yang berkejaran mendapatkan redha Mu
Jadikanlah aku hamba Mu
Yang istiqamah menyusuli sunnah rasul Mu
Jadikanlah aku hamba Mu
Yang soleh melaksanakan perintah Mu
Jadikanlah aku hamba Mu
Yang dinaungi perlindungan Mu
Jadikanlah aku hamba Mu
Yang merendah diri di hadapan ketinggian Mu
Berkatilah rezekiku yang telah Engkau curahkan
Agar dapat ku rasa cukup
Dengan apa yang Engkau tetapkan
Berkatilah ilmuku yang telah Engkau anugerahkan
Agar dapat ku mengamalkannya
Dalam melaksanakan ketaatan
Berkatilah usiaku dan umurku
Yang telah Engkau peruntukkan
Agar dapat ku siapkan diriku
Untuk bekalan di Hari Pembalasan
Ya Allah, berkatilah seluruh keluargaku
Agar dapat ku rasakan ketenangan kasih dan sayang
Hidup di atas muka bumi Mu
Ya Allah, hidup dan matiku
Adalah kerana Mu dan hanya untuk Mu
Nyawaku, nafasku, jiwaku,
Degupan jantungku, aliran darahku
Segala yang Engkau titikkan padaku
Ku serahkan hanya untuk MU
Engkaulah yang Maha mengetahui
Segala rahsia diriku, zahir dan batinku
Ampunkanlah kesalahan-kesalahanku
Hapuskanlah dosa-dosaku
Padamkanlah kotoran-kotoran
Yang masih ada pada diriku ini
Sucikanlah hatiku, lembutkanlah jiwaku
Tinggikanlah darjatku
Kurniakanlah kepadaku
Segala kebaikan di Dunia,segala kebaikan di Akhirat
Lindungilah aku dari siksa api neraka Mu
Tuhanku, aku pasrah kepada Mu
.........................
Senikata: Md Fatris Bakaram
Lagu: Sha'aban Yahya
Bacaan & Suara Latar: Nur Irsyad
© NUR IRSYAD
**********************************************************************
hmm.. this is wat ive been listening lately.. the lyric really touches everyone's heart. remember nur irsyad team? yeah.. they're my inspiration man.. haha. lamer dah kumpulan tu. skrg tgk mcm dah tukar org je. hehe. yg baru nye album aku tk dgr ah.. aku masih ter-stick kat album lamer diorng... fav song aku Jejak Uhud, Illahi and Sekalung doa.... tuu kat atas tuu liriknya.. kalo nk lirik yg lain silalah ke web ---> http://www.nurirsyad.com/album1.htm hehehe. promote plak aku niee. hehehe. tkdelaa.. saje je nk kongsi...
nwe, the last 3 days i visited the zoo. finally!! haha. its been ages i didn't get to go to the zoo.. well, yah.. thats my second home where all animals can be keep in. hehehe. they're all soo cute!!! especially the white tiger. really reminds me of winky! hehe. hmm.. when i grow up, i plan to have goats! hahaha. they always smile. i like animals which like to smiiilleee~ hehehe *sortz* but the sad thing... i didn't get to touch them.. =( want to touch? must pay!! aaarrrgghhh.. wat man... nvrmindlah. nxt time can. hehehe. nxt time when i got the opportunity to visit the zoo again, i plan to go for a pony ride!!! yipeee!!! n also elephant ride! insyaAllah.. well, kite merancang Allah menentukan... ntah bsok aku masih hidup lagi ke tak.. waAllahu'alam.. hmmMmm.. oklah.. when i got the photos ready, i'll upload it 1 day. ;>

.::. oUtz.. sHa .::. 8:23 AM





*^* sEkiAn... wAsSaLaM *^*

Never say I Love You, If you don't really care... Never talk of feelings, If they aren't really there... Never hold my hand, If you mean to break my heart... Never say forever, If you ever plan to part... Never look into my eyes, If you are telling me a lie... Never say hello, If you think you'll say goodbye... Never say that I'm the ONE, If you dream of more than me... Never lock up my heart, If you don't have the key...